Sunday, March 13, 2011

Jemputan Ke Hari Keluarga Jabatan Pengurusan Sistem Akademik (JPSA)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Jemputan Ke Hari Keluarga Jabatan Pengurusan Sistem Akademik (JPSA) 
JPSA akan mengadakan Buat Julung Kalinya,  Hari keluarga bertempat di Camar Rimba, Taman Botani Negara@ Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam  pada  2 Mei 2011. 
Pelbagai aktiviti yang menarik disediakan untuk ibu bapa dan anak anak seperti acara senamrobik berirama, berenang renang ke tepian, tiup belon sambil berenang, cari gula gula dalam  tepung, jalan kaki tiga serangkai  dan  macam  macam  lagi aktiviti yang gerenti happening…

Harapan yang besar agar ramai staf dapat meluangkan masa menyertai Hari keluarga kita.

==============================================================

Tarikh: 2 Mei 2011 @ Hari ISNIN
Masa: 8.30pagi – 5.00 Petang
Tempat: Camar Rimba ( Amphitheater & Pool Area ) , Taman Botani Negara@ Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam 
Laman Web : http://familyday-jpsa.blogspot.com

Sumbangan Setiap Family =  Minimum RM50 Sahaja dan jika lebih amat dialu-alukan…
* Sumbangan akan dikutip bermula 25 Mac hingga 1 April atau anda boleh bank in online sahaja ( jimat tenaga ) ke akaun AJK bendahari
Jika ada sumbangan/sponsor dari pihak lain amat dialu-alukan untuk memeriahkan Hari Family Day kita ini. Untuk pertanyaan atau cadangan berkenaan sumbangan sila Sametime AJK Bendahari.

Maklumat lanjut akan menyusul selepas pengesahan kehadiran dari Tuan Tuan dan Puan Puan diterima.

========================================================================

Berikut adalah AJK yang telah dipersetujui  untuk mengendalikan proses hari keluarga ini.
1. pengerusi/pengacara majlis - iera
2. bendahari - haire 
3. ajk tempat - haire, kama 
4. ajk hadiah - masita, bai, mira
5. ajk mainan/sukan - zam, mira, maro, zue
6. ajk makan - yana,kakak zura
7. ajk pengangkutan - ros, ella
7. ajk photographer - mazuhan
8. ajk audio/visual - arif, din, man 
Mohon untuk AJK yang dilantik  agar onnkan sametime untuk diskusi secara online  berkenaan  maklumat lengkap task task yang perlu dikendalikan untuk kemeriahan majlis ini.


Segala kerjasama dan sumbangan yang/akan diberikan di dahului dengan ucapan Terima Kasih. Semoga majlis family day ini dapat memperkukuhkan ukhwah sesama keluarga dan juga rakan staf yang lain.


No comments:

Post a Comment